adalah cara pembahagian (by default yang
sudah ditentukan dalam Al-quran).
" Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka
daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan
orang-orang perempuan pula ada bahagian
pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama
ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan
itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan
ditentukan oleh Allah). " Surah An-Nisaa' ayat 7
Ini bermakna jika seorang islam meninggal dunia TANPA menyediakan wasiat, maka hanya satu kaedah akan terpakai iaitu menurut hukum faraid. Sekalipun jika anda berhasrat memberikan harta tersebut menurut nisbah yang anda suka tetapi oleh kerana anda GAGAL membuat wasiat, hasrat anda akan terabai kerana hanya hukum faraid sahaja akan diaplikasikan. Memang menurut kaedah pembahagian wasiat islam, hukum faraid adalah yang tertinggi dan akan diambil kira semasa pembahagian harta pusaka anda. TETAPI menurut pengalaman pihak ARB, semasa proses perundingan dibuat dengan waris simati, hampir kesemua waris akan menurut arahan pembahagian harta pusaka dalam surat wasiat sekalipun ia tidak mengikut nisbah faraid. Sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini, click read more untuk baca seterusnya.