waris kita selepas kematian kita.
Semuanya berpunca dari sikap memandang
ringan mengenai soal wasiat. Adik beradik
bergaduh, ibu dan anak berkelahi, saudara
mara bertekak. Akhirnya semua menuju
kepada perbalahan yang berpanjangan
sehingga ada yang berdedam sehingga ke
anak cucu semata-mata sikap kita yang lalai
tentang mengutamakan surat atau tulis
wasiat. Jangan di sangka waris yang kita tinggalkan akan mudah bersatu hati dalam soal pembahagian wasiat selepas kematian kita. Orang kata air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Dalam soal harta benda dan pusaka ini, tanah sejengkal pun boleh bertikam lidah, tidak bertegur sapa dan sanggup buang keluarga. Apa yang anda lihat di dada-dada akhbar hanyalah sebahagian kecil sahaja masalah yang dilaporkan. Hakikatnya masalah ini berlaku dimana-mana dalam masyarakat melayu dan islam khususnya. Kenapa semasa kita hidup semua waris nampak manis dan bahagia, tapi selepas kita ditalkinkan, sedikit demi sedikit waris kita berubah wajah menjadi lebih rakus, garang dan tidak boleh bertolak ansur dalam soal harta benda yang kita tinggalkan. Sebagai seorang kawan dan rakan saya sarankan kepada anda semua mulakan langkah awal dalam penulisan wasiat demi kebaikan masa hadapan sewaktu jasad kita terbujur kaku. Sila dapatkan info panduan penulisan wasiat berkaitan ilmu wasiat dan hibah secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".