diwasiatkan. Ia terdiri dari harta boleh
alih dan harta tidak boleh alih. Harta tidak
boleh alih seperti tanah, rumah,
bangunan, gedung. Harta boleh alih
seperti akaun bank, saham, kenderaan,
emas, insuran, share perniagaan dan
lain-lain. Semasa anda mengisi borang
wasiat lengkap, anda senaraikan semua
harta benda anda termasuk barang-
barang berharga seperti jam. Kemudian
anda tentukan siapa yang anda hendak
berikan dan jumlah nisbah peratusannya
(contoh 25%, 100%). Anda tidak perlu
risau sama ada harta tersebut wujud
atau tidak selepas kematian anda, ini
kerana apabila harta tersebut sudha tidak
wujud seperti hilang atau sudah dijual,
maka ia secara automatik tidak akan
diagihkan kepada waris.