Panduan Asas Wasiat
Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma..
Anda boleh Menulis Wasiat Islam dengan Amanah Raya Berhad (ARB) Hanya RM350 sahaja. Dapatkan percuma borang draft wasiat islam sekarang !
Wasiat Dari Segi Bahasa
Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah sambung, manakala dari segi istilah pula maksudnya pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia. Mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati. Islam amat menggalakkan umatnya supaya berwasiat dalam merancang harta. Namun demikian wasiat tersebut hendaklah terhad kepada sepertiga harta sahaja.
Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like". Appointment dengan agen wasiat dan hibah kami sekarang.. Apa Beza Wasiat Dan Hibah
Wasiat merupakan satu dokumen undang-undang tertentu mengenai bagaimana anda mengagihkan harta benda dan segala hak-hak anda seperti anak-anak selepas kematian anda. Ia juga merupakan satu amanat terakhir anda kepada pewaris anda yang masih hidup mengenai harapan anda kepada mereka.
Dapatkan percuma borang draft wasiat islam sekarang ! Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Anda boleh tanya dengan Agen wasiat dan hibah harta pusaka kami sekarang ! (Sumber rujukan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) Apakah Syarat Asas Sah WasiatMenurut Wills Act 1959 secara umum sebagai berikut;
a) Harus secara bertulis; b) Pewaris harus menandatangani kehendak yang dinyatakan diakhir dokumen; c) Harus ada paling sedikit dua atau lebih saksi hadir pada masa yang sama untuk menyaksikan dan membuktikan tanda tangan dari pewaris tersebut. Penerima (beneficiary) pewasiat tidak boleh menjadi saksi, jika saksi merupakan penerima manafaat (benefeciary) waris, bahagian miliknya akan terbatal. d) Pewaris harus waras fikiran dan tidak di bawah pengaruh yang tidak semestinya selamapelaksanaan wasiat (will) e) Pewaris bukan di bawah umur yang layak membuat wasiat iaitu 18 tahun ke atas Wasi
Wasi atau Pentadbir (juga di kenali sebagai Executer) ialah yang dilantik oleh penulis wasiat untuk melaksanakan arahan dalam wasiat selepas kematiannya. Wasi boleh terdiri dari individu atau organisasi pentadbiran harta pusaka seperti Amanah Raya Bhd. Mereka mestilah bersikap amanah dan berintergriti tinggi dan boleh dipercayai oleh pewasiat. Pelantikan wasi sangat penting dan mestilah dari pihak yang berpengalaman dan profesional seperti ARB. Dalam sesetengah kes seperti jika aset kasar pewasiat bernilai melebihi RM600,000 , maka pihak wasi disyaratkan oleh pihak makamah supaya menyediakan 2 pemegang Bon yang sama nilai dengan aset kasar simati (RM600,000 X 2 orang). Ini amat membebankan wasi/executer untuk mendapatkan 2 Bon jaminan dari 2 individu. Bon jaminan ini sebagai jaminan yang executer tidak melakukan penyelewangan ke atas harta simati. Oleh yang demikian melantik wasi kepada individu sangat tidak digalakan. Adalah lebih digalakan penulis wasiat melantik pihak organisasi sebagai wasi seperti Amanah Raya Bhd. Ini kerana mereka sudah berpengalaman dan sangat profesional. Kami di buatwasiat.com memang menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan penyediaan wasiat dengan pihak ARB. Sila bertanya dengan ANDA BOLEH Dapatkan percuma borang draft wasiat islam sekarang
Benefisiari
Benefisiari (beneficiary) ialah pihak yang akan mendapat manafaat dari arahan pembahagian harta anda. Ia boleh terdiri dari kalangan waris atau bukan waris anda. Bukan waris seperti anak angkat, badan amal/kebajikan dan lain-lain.
Waris
Waris ialah orang yang mempunyai hubungan pertalian darah dengan penulis wasiat seperti isteri, anak-anak, kedua ibubapa dan mereka2 yang mendapat manafaat menurut hukum faraid.
Keutamaan Pentadbiran Harta Pusaka
1. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
2. Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Agama 3. Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Manusia 4. Pembahagian Harta Sepencarian 5. Menunaikan Wasiat (jika anda membuat arahan berwasiat kepada bukan waris seperti badan amal makisma 1/3 dari harta anda) 6. Pembahagian Kepada Waris Pembahagian kepada waris anda akan dilakukan selepas 5 perkara di atas diselesaikan terlebih dahulu. Ini kerana menurut wasiat islam hutang tidak akan langsai sekalipun anda sudah meninggal dunia. Menyelesaikan hutang dengan Allah dan manusia menjadi keutamaan pentadbiran wasiat. Hantar mesej anda kepada agen wasiat KL,Klang,Melaka kami jika anda berminat nak buat dokumen wasiat harta islam.
|