Percuma Online Presentation Wasiat,
eBook Panduan Wasiat dan
Faraid Kalculator
Semua panduan wasiat dalam bentuk pdf fail yang mudah dibaca, ringkas dan padat...
Sejak akhir-akhir ini kita kerap kali mendengar tentang harta dan aset umat islam khasnya yang tidak boleh dicairkan atau sudah dibekukan. Semuanya berpunca kerana tiada dokumentasi yang betul, ketiadaan waris dan konflik sesama waris yang menuntut harta pusaka tersebut. Pernahkah kita mendengar duit yang tidak dituntut sahaja berjumlah ratusan juta yang masih disimpan oleh BNM di bawah aset tidak dituntut. Duit ini datangnya dari akaun-akaun bank yang mana pemegang akaun tersebut sudah mati, lupa atau sengaja mengabaikannya. Duit tersebut tidak boleh diagihkan kemana-mana kerana tiada waris yang menunut, sementara pihak berwajib juga gagal mengesan waris semati. Keadaan bertambah kompleks apabila pihak waris sendiri tidak tahu bagaimana hendak menunut duit tersebut. Kebanyakannya mereka sendiri tidak tahu waris mereka mati meninggalkan duit dalam akaun-akaun bank.
Adakah Suatu Hari Nanti Harta Kita Juga
Menjadi Harta Tidak Dituntut ?
Kesibukan kita bekerja dan mencari harta kadangkala melupakan kita bahawa pengurusan dan pentadbiran harta pusaka mesti diuruskan dengan baik. Kelalaian kita menulis surat wasiat semasa hidup telah menyebabkan banyak pihak menangung risiko dan kerumitannya.