Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like". Mulakan pendaftaran wasiat anda !
Harta yang tidak dituntut ini seperti dari duit dari akaun bank, pelaburan-pelabura dan hartanah. Semuanya disebabkan pemilik harta tersebut sudah meninggal dunia dan tiada waris yang menuntutnya. Pihak ARB sangat sukar mengesan waris-waris kerana tiada maklumat mengenai mereka. Penulisan surat wasiat boleh menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku. Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like". Mulakan pendaftaran wasiat anda !
0 Comments
Pemegang amanah adalah orang yang dipertanggungjawabkan sama ada orang perseorangan, badan berkanun atau institusi yang dilantik dan diberi kuasa mentadbir harta pusaka. Menjaga harta anak yatim adalah tanggungjawab yang berat dan penting. Harta anak yatim bukan saja perlu dijaga dengan baik dan menggunakannya mengikut kadar diperlukan malah, harta ini menurut Islam perlu diperkembangkan untuk mengelak ia menjadi susut. Perkara ini dipandang serius demi menjaga kebajikan anak yatim kerana mereka tiada tempat bergantung dan harta diwarisi sajalah bekalan untuk mereka memulakan hidup. Apabila seseorang itu dilantik sebagai pemegang amanah, harta yang diwarisi anak yatim akan diserahkan kepadanya untuk diuruskan dan dikembangkan selaras dengan kepentingan dan kebajikan anak yatim di bawah jagaannya. Persoalannya, adakah penjaga dapat mentadbir harta anak yatim dengan baik untuk satu jangka masa yang lama sehingga harta itu dikembalikan kepada yang hak? Read full artical Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like". Mulakan pendaftaran wasiat anda ! Ahli-ahli fekah bersepakat bahawa jika seseorang itu membunuh dan ia adalah waris kepada orang yang dibunuh, maka si pembunuh adalah tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka orang yang dibunuh itu. Sebagai contoh sekiranya seorang anak lelaki telah membunuh bapanya, anak lelaki itu adalah terhalang daripada mewarisi harta pusaka bapanya itu. Selain daripada pembunuhan, satu lagi perkara yang boleh menghalang seorang yang layak menerima harta pusaka ialah dengan adanya perbezaan agama di antara si mati dan warisnya. Sebagai contoh, sekiranya si mati adalah seorang Muslim dan anak lelakinya bukan Muslim, anak lelaki si mati itu tidak berhak untuk mewarisi harta pusakanya walaupun dalam situasi biasa, anak lelaki adalah waris bagi si mati. Ini disokong oleh sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah berhak seorang Muslim mewarisi orang kafir, dan tidak pula orang kafir mewarisi Muslim.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Baca dan download semua artikal Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like". Mulakan pendaftaran wasiat anda ! |
Archives
February 2021
|