NORHANISAH BINTI JOHAR merupakan anak jati Johor yang telah dibesarkan di Kluang dan menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang kemudian menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Kluang. Seterusnya pada tahun 2004 telah melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan undang-undang. Selepas 4 tahun akhirnya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dengan kepujian. Kemudian melanjutkan pengkhususan dalam Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan. Tidak berhenti setakat itu malah pengajian diteruskan sehingga memperolehi Sarjana Undang-undang pada tahun 2011.
Kerjaya dalam bidang guaman bermula sebagai Paralegal di Tetuan Chew Kar Meng, Zahardin & Partners yang terletak di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur selama 1 tahun. Sepanjang di Tetuan Chew Kar Meng, Zahardin & Partners, banyak menguruskan kes berkaitan litigasi termasuk lelongan, bankrapsi, dan juga terlibat secara tidak langsung dalam kes-kes kekeluargaan seperti perceraian bukan Islam dan penulisan wasiat bukan Islam. Anda nak tahu kenapa dokumen wasiat sangat penting dalam proses perancangan harta? boleh tanya saya, NORHANISAH JOHAR.
Oleh kerana mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi seorang pengajar, telah meningkatkan kerjaya sebagai Pensyarah Undang-undang di Kolej Islam Johor dan selama 2 tahun telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar Undang-undang Perniagaan, Undang-undang Kontrak, Sistem Perundangan Malaysia dan Undang-undang Pertubuhan dan Syarikat.
Walaubagaimanapun, kepuasan dalam kerjaya masih belum tercapai. Sejurus ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Negeri Johor terus menjinakkan diri dalam guaman Syarie melalui Tetuan Saliza & Co sehingga tertubuhnya Norhanisah & Associates. Sepanjang kareer sebagai Peguam Syarie berbagai kes syariah telah diuruskan termasuk kes-kes pra perceraian, perceraian, tuntutan-tuntutan selepas perceraian, poligami, dan kes-kes melibatkan harta pusaka seperti permohonan sijil faraid, pengesahan wasiat dan juga hibah.
Ketika beramal sebagai peguam syarie, keinginan untuk mengajar masih lagi tidak luput. Ini telah mendorong untuk menerima jawatan sebagai Eksekutif Pemasaran atau Pelatih Pemasaran (Trainer) di as-Salihin Trustee Berhad yang merupakan syarikat amanah yang berperanan menyediakan perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam yang telah diasaskan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. Setahun bergelar trainerPerancang Harta Pusaka Islam, syarikat telah memberi kepercayaan untuk mengetuai bahagian pembangunan perniagaan di cawangan pertamanya di Johor Bahru pada 2012. 3 tahun menjadi pengurus bahagian pembangunan perniagaan sekali lagi syarikat menaruh kepercayaan untuk menerajui cawangannya di zon selatan sebagai Pengurus Kawasan as-Salihin Trustee Berhad Johor/Melaka sehingga Jun 2016. JIka anda nak membuat perancangan harta pusaka, bolehlah hantar mesej kepada saya NORHANISAH JOHAR, AGEN WASIAT kami.