Tips Panduan Wasiat dari As-salihin Kenapa wasiat perlu di buat atau ditulis ?
Saya difahamkan bahawa mengikut undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat? Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan Wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan/ susah. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam.
Adakah Islam mengalakkan menulis Wasiat? Islam menggalakkan menulis Wasiat. Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar R.A "Adalah tidak dibenarkan mana-mana orang Islam yang mempunyai sesuatu diwasiatkan untuk tinggal dua malam tanpa memiliki Wasiat terakhir dan disimpan dengannya."
Saya adalah seorang yang belum berkahwin dan tidak mempunyai waris yang rapat. Kenapa perlu saya menulis Wasiat? Jika anda tidak menulis Wasiat dan anda tidak mempunyai waris yang boleh mewarisi, kesemua harta akan diberi ke Baitul Mal. Anda boleh memberi harta anda kepada seseorang tertentu melalui Wasiat sebanyak 1/3 daripada keseluruhan harta dan baki harta akan diserahkan ke Baitul Mal. Kedua-dua pihak akan mendapat bahagian.
Tanggungan saya adalah lebih banyak daripada aset saya. Bolehkah saya menulis Wasiat? Anda boleh menulis Wasiat. Akan tetapi tanggungan anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki aset boleh dibuat kepada benefisiari.
Saya mempunyai anak-anak yang kecil dan saya telah mengasingkan beberapa harta untuk kepentingan mereka? Bolehkah as-Salihin bertindak sebagai penjaga bagi harta anak-anaknya? Ya, sekiranya as-Salihin dilantik sebagai Penjaga bagi harta anak-anak anda.
Adakah boleh saya melantik as-Salihin sebagai penjaga yang sah bagi anak-anak saya? Anda boleh melantik as-Salihin sebagai penjaga yang sah, tetapi bagi harta anak-anak anda dan bukannya penjaga bagi diri kanak-kanak tersebut. Penjaga bagi diri mestilah dilantik mengikut peruntukan undang-undang.
Bolehkah as-Salihin bertindak sebagai Penjaga kepada anak-anak yang masih kecil? as-Salihin tidak boleh menjadi hadinah. Hak hadanah ke atas anak-anak yang masih kecil diberi keutamaan kepada saudara-saudara perempuan terdekat.
Saya telah menganut agama Islam dan ibu bapa masih beragama Buddha. Saya faham bahawa ibubapa saya mempunyai bahagian yang telah ditetapkan apabila saya meninggal dunia. Adakah begitu? Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Oleh kerana ibu bapa anda bukan Islam mereka tidak boleh mewarisi daripada anda.
Bolehkah saya berwasiat kepada ibu bapa dan saudara yang bukan beragama Islam? Ya boleh.