Maksud-Maksud Terma Yang Berkaitan Dengan Pentadbiran Harta Pusaka Dan Wasiat Islam
Maksud Wasiat
Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah 'sambung' manakala dari segi istilah pula maksudnya 'pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati' iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia. (Kitab Mughni Muhtaj karangan Muhamad Al-khatib Al-syarbani
Hibah adalah pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan balasan.
Harta
Maksud harta ialah segala jenis barangan yang halal diperolehi dengan carayang sah mengikut hukum syarak. Ia boleh terdiri dari harta boleh alih dan harta tak boleh alih
Maksud Harta Pusaka
Harta pusaka bermaksud segala harta benda kepunyaan seorang islam selepas ia meninggal dunia. Hak kepunyaan harta pusaka akan berpindah kepada waris simati.
Maksud Harta Sepencarian
Harta Sepencarian ialah suatu harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama.