Peluang untuk menambah Pendapatan!
Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia. Dianggarkan 95% Muslim di Malaysia masih lagi belum berwasiat dan melaksanakan perancangan bagi harta mereka. Jadi ini merupakan satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.
as-Salihin Trustee Bhd ingin mengajak anda untuk menjadi seorang Perancang Harta Pusaka Islam (agen) yang bertauliah bersama-sama kami. Antara faedah yang bakal dinikmati :
Jika anda berminat menjadi Perunding Wasiat (IEP) bersama-sama dengan buatwasiat.com, sila hantar form di bawah. Anda akan mendapat maklumat yang lebih details tentang cara bagaimana anda boleh menjadi agen bersama kami.
Untuk menambahkan pengetahuan anda tentang wasiat sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".

- Kursus dan latihan disediakan untuk memantapkan pengetahuan
- Bantuan secara langsung dan tidak langsung untuk memastikan peningkatan anda selari dengan kami di tahap tertinggi.
- Pendapatan komisyen yang lumayan hasil dari perkhidmatan yang disediakan.
- Komisyen yang tidak terhad kerana ia adalah bergantung kepada hasil usaha anda.
- Insentif tambahan yang disediakan oleh pihak syarikat.
- Menambah perkhidmatan dan meluaskan rangkaian perniagaan anda.
Jika anda berminat menjadi Perunding Wasiat (IEP) bersama-sama dengan buatwasiat.com, sila hantar form di bawah. Anda akan mendapat maklumat yang lebih details tentang cara bagaimana anda boleh menjadi agen bersama kami.
Untuk menambahkan pengetahuan anda tentang wasiat sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".
About Us
Buatwasiat.com merupakan wakil agen koperat bagi amanah raya berhad di bawah Perfect Will Sdn Bhd. Admin juga merupakan IEP (Islamic Estate Planner) dari AsSalihin Trustee Berhad. Admin buatwasiat melaksanakan perkhidmatan penulisan wasiat (ARB) secara offline dan tempahan online seperti dalam web ini. Pihak kami sudah banyak membantu pewasiat mendaftarkan wasiat mereka dan seterusnya membantu mereka melengkapkan penulisan wasiat yang sempurna. Perkhidmatan tempahan penulisan wasiat secara online di web ini merupakan perkhidmatan terkini dari buatwasiat. Rujukan Kod wasiat admin ialah Amanah Raya Berhad : ARB21447 Kod Agen Perfect Will Services PWS901007M01
Perfect Will Services telah ditubuhkan pada 5 Mac 2007 untuk memberi Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka dan Perunding Akaun Amanah. Perfect Will Services telah dilantik oleh Amanah Raya Berhad sebagai Ejen Korporat untuk memasarkan Wasiat ARB, Perkhidmatan Pengurusan Pusaka ARB dan Akaun Amanah ARB kepada umum. Mereka sudah menerima pengiktirafan dari Amanah Raya Berhad. Rujuk surat pelantikan Agen Korporat Perfect Will
Admin merupakan IEP As-Salihin yang berdaftar. Assalihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. As-Salihin adalah sebuah Syarikat Amanah yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta boleh alih dan tidak boleh alih mereka untuk manfaat waris dan orang tersayang apabila mereka meninggal dunia. Ia selaras dengan panduan dan nasihat dari pakar pentadbiran islam dan para ilmuan yang mahir mengenai hukum wasiat, faraid dan pentadbiran harta pusaka.
Amanah Raya Berhad atau AmanahRaya, dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka telah ditubuhkan pada 1 Mei 1921. Ia dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. AmanahRaya adalah syarikat milik penuh kerajaan dengan pegangan saham sebanyak 99.99% oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan 0.01% oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Berbekalkan pengalaman lebih 85 tahun dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, AmanahRaya muncul sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan yang utama di Malaysia. AmanahRaya menawarkan perkhidmatan yang meliputi perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka, Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat, dan Perkhidmatan Peramanahan
Anda boleh meningkatkan pengetahuan anda mengenai wasiat, sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. |