
adalah cara pembahagian (by default yang
sudah ditentukan dalam Al-quran).
" Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka
daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan
orang-orang perempuan pula ada bahagian
pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama
ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan
itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan
ditentukan oleh Allah). " Surah An-Nisaa' ayat 7
Ini bermakna jika seorang islam meninggal dunia TANPA menyediakan wasiat, maka hanya satu kaedah akan terpakai iaitu menurut hukum faraid. Sekalipun jika anda berhasrat memberikan harta tersebut menurut nisbah yang anda suka tetapi oleh kerana anda GAGAL membuat wasiat, hasrat anda akan terabai kerana hanya hukum faraid sahaja akan diaplikasikan. Memang menurut kaedah pembahagian wasiat islam, hukum faraid adalah yang tertinggi dan akan diambil kira semasa pembahagian harta pusaka anda. TETAPI menurut pengalaman pihak ARB, semasa proses perundingan dibuat dengan waris simati, hampir kesemua waris akan menurut arahan pembahagian harta pusaka dalam surat wasiat sekalipun ia tidak mengikut nisbah faraid. Sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini, click read more untuk baca seterusnya.
Menurut pihak ARB dalam kebanyakan kes, waris menerima ketentuan dalam wasiat. Itulah kekuatan dan hikmah dalam penulisan wasiat. Dalam surat wasiat juga anda boleh memberikan amanat seperti 'Ayah dengan ini merayu dan berharap agar ibu dan anak-anak ayah yang tersayang menurut apa yang ayah sudah tentukan (pembahagian harta) dalam wasiat ini demi kebaikan kamu semua, ayah harap kamu semua menerima dengan baik demi kasih sayang kamu kepada ayah'. Kata-kata amanat anda akan dibacakan selepas anda meninggal dunia, ia merupakan satu teknik psikologi yang amat halus yang menyebabkan semua waris akan tunduk dan akur. Akhirnya tiada perbalahan di antara waris dan semuanya berjalan dengan lancar. TETAPI jika anda tidak menulis wasiat, mereka akan mula menegakkan hak masing-masing kerana mereka tiada panduan dan pentunjuk dari anda sendiri.
Sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".