Hadith Tentang Wasiat
Hadis Wasiat diriwayatkan dari Amir bin Saad dari ayahnya bahawa dia pernah berkata dalam sakitnya kepada Rasulullah SAW:
" Wahai Rasulullah sesungguhnya harta ku banyak dan tidak ada yang diwarisi harta ini selain dari anak ku yang perempuan. Apakah boleh aku wasiatkan kesemua harta ku itu?. Rasulullah menjawab, `tidak’. Dia bertanya lagi, kalau 2/3 bagaimana?. Baginda menjawab,`tidak’. Aku bertanya lagi, bagaimana kalau 1/2? Baginda menjawab `tidak’. Aku bertanya lagi, bagaimana kalau 1/3. Baginda menjawab, ya boleh, 1/3 itu pun banyak. Sesungguhnya meninggalkan waris dalam keadaan kaya lebih baik dari meninggalkannya dalam kemiskinan meminta-minta kepada manusia.” Merancang harta melalui instrumen wasiat sangat digalakkan dalam syariat Islam. Imam Ibnu Hazm berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang itu mewasiatkan sebahagian harta pusaka apabila warisnya tidak dapat mewarisi hartanya sama ada kerana perbezaan agama atau kerana terhalang oleh waris yang lebih dekat atau kerana mereka memang tidak berhak mewarisinya. 18 Menurut prinsip Wasiat Islam, pembahagian sehingga 1/3 daripada aset bersih simati boleh diwasiatkan kepada bukan waris atau waris yang terdinding. Wasiat dalam islam dilihat sebagai suatu ibadah dan juga tanggungjawab sosial yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada perkembangan sosio ekonomi umat Islam iaitu sedekah jariah. Amalan ini merupakan amalan yang kekal ganjaran pahala sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Merancang harta dalam Islam bukan sahaja terhad pada kaedah dan tatacara menguruskan perbelanjaan individu atau keluarga bagi kepentingan hidup di dunia sahaja, bahkan merangkumi bagaimana cara seseorang menguruskan harta dengan cara membuat perancangan yang teratur untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Dari Abi Bazrah al-Aslami katanya: Rasulullah SAW bersabda, "tidak akan melangkah kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanyakan mengenai umurnya pada apa ia habiskan, mengenai ilmunya pada apa ia lakukan, mengenai hartanya darimana ianya diperolehi dan ke mana ianya dibelanjakan dan mengenai tubuhnya pada apa ianya dihabiskan". Berdasarkan hadis ini, merancang harta merupakan perkara yang amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. Seseorang Muslim pada hari kiamat tidak akan terlepas dari dipersoalkan mengenai harta, dari mana ianya perolehi dan ke mana ianya belanjakan. Sehubungan itu, setiap Muslim sewajarnya sentiasa prihatin untuk merancang dan menguruskan harta yang dimiliki agar harta yang diperolehi dan dimiliki dapat membawa kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Sila baca khutubah Jumaat mengenai wasiat untuk rujukan hadith berkaitan dengannya. Anda juga boleh membaca mengenai kaedah hukum faraid. Sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. |
Percuma Penerangan Wasiat... |