Langkah Pertama Penulisan Wasiat. Kenal pasti harta benda anda
Mengenal pasti semua harta benda anda seperti harta boleh alih dan harta tidak boleh alih. Harta boleh alih seperti duit simpanan tabung haji, duit simpanan bank duit pelaburan, duit saham unit amanah, duit simpanan tetap dan sebagainya. Manakala harta tidak boleh alih ialah hartanah seperti rumah, tanah, kilang dan sebagainya. hantar mesej kepada agen wasiat kami untuk penerangan percuma! Dapatkan percuma borang draft wasiat islamsekarang !
Selepas kenal pasti harta benda tersebut, sila senaraikan di atas satu kertas supaya anda dapat memastikan ia tidak tertinggal dalam agihan yang hendak dibuat kelak. Langkah yang lebih baik ialah anda membuat satu salinan/photocopy ke atas semua dokumen harta benda tersebut. Senaraikan semuanya tidak kira sama ada masih berhutang atau tidak.
Langkah Kedua Penulisan Wasiat. Senaraikan waris faraid dan bukan waris faraid
Sila senaraikan semua waris faraid anda di atas satu kertas dan catatkan no kad pengenalan mereka atau no sijil lahir mereka jika masih bawah umur. Waris faraid merupakan satu komponen terpenting dalam proses penulisan wasiat. Oleh itu sila pastikan dan tahu siapa waris faraid anda. Secara mudahnya ialah kedua ibubapa, suami atau isteri, semua anak lelaki dan semua anak perempuan. Jika anda tiada anak lelaki, maka sila sertakan nama datuk dan nenek anda. Dapatkan percuma borang draft wasiat islamsekarang !
Dalam sesetengah keadaan, adik beradik anda juga boleh menjadi waris faraid dalam kes di mana anda tiada anak lelaki dan tiada kedua ibubapa dan tiada datuk dan nenek. Hanya ada anak perempuan sahaja.
Bukan waris faraid di sini merujuk kepada waris yang anda sayang dan dibawah jagaan anda tetapi ia tiada pertalian darah dengan anda seperti anak angkat. cara terbaik untuk mendapatkan khidmat wasiat ialah dengan mendapatkan penerangan percuma tentang wasiat dengan agen wasiat kami yang berpengalaman.
Langkah Ketiga Penulisan Wasiat. Menyenaraikan Hutang Anda
Hutang merupakan satu perkara yang sangat mustahak dalam pentadbiran wasiat islam. Ini kerana sebelum mana-mana harta benda diagihkan kepada waris faraid, duit atau harta benda anda akan digunakan untuk penyelesaian bayaran hutang terlih dahulu. Ini kerana tuntutan bayaran hutang adalah satu kewajiban sekalipun kita mati. Dapatkan percuma borang draft wasiat islamsekarang !
Hutang yang biasa ditanggung oleh penulis wasiat ialah hutang dengan pihak creditor seperti institusi kewangan (bank/koperasi). Ia mungkin terdiri dari hutang rumah, kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan,kad kredit dan pinjaman perniagaan.
Sila senaraikan juga hutang-hutang lain yang bukan dari pihak perbankan seperti hutang yuran kelab, khairat kematian, hutang dengan rakan atau apa-apa hutang yang dibawah tanggungan anda yang perlu anda jelaskan.
Hutang yang bukan dari pihak perbankan sangat sukar untuk dikesan dan dijelaskan oleh pihak wasi tanpa anda sendiri yang membantu menyatakannya.
Selain hutang sesama manusia, hutang dengan Allah juga perlu dinyatakan seperti hutang zakat harta, fidiyah, nazar, yuran upah haji jika belum menunaikan haji dan lain-lain. hantar mesej anda kepada agen wasiat kami yg sedia membantu anda
Langkah Keempat Penulisan Wasiat. Berwasiat 1/3 kepada bukan waris
Salah satu kelebihan menulis wasiat ialah berwasiat harta benda kepada bukan waris faraid seperti anak angkat atau badan-badan kebajikan. Menurut wasiat dalam islam, anda boleh memberikan sehingga maksima 1/3 harta benda anda kepada bukan waris faraid untuk tujuan amal seperti wakaf dan kebajikan. Dapatkan percuma borang draft wasiat islamsekarang !
Oleh itu, jika anda berniat untuk melakukan sedekah jariah atau berwakaf, anda bolehlah menyenaraikan nama badan kebajikan tersebut secara khusus seperti Sekolah Tahfiz Islam Darul Ulum Sg. Petani Kedah. Tanya agen wasiat kami sekarang!
Langkah Kelima Penulisan Wasiat. Menentukan pelantikan Wasi anda
Wasi atau pentadbir ialah pihak yang akan bertanggungjawab melaksanakan semua arahan dalam wasiat anda. Tanggungjawab Wasi atau Pentadbir sangat besar dan berat. Pihak wasi akan mengemukakan kepada pihak mahkamah untuk memohon gran probate supaya ia mendapat kuasa untuk mencairkan semua aset anda dan seterusnya mengaggihkan kepada mereka yang layak. hubungi pakar wasiat kamiuntuk bantuan.
Pengalaman yang cukup selain sikap yang amanah sangat diperlukan oleh seorang wasi. Wasi boleh dipilih dari kalangan waris dan boleh juga terdiri dapi pihak Trustee seperti ARB atau AsSalihin.
Pelantikan wasi individu lebih berisiko kerana ia boleh berlaku kecuaian atau mungki kematian kepada wasi individu tersebut, sebaliknya wasi dari syarikat Trustee tidak akan mati walaupun ia bertukar kakitangan syarikat.
Adlah digalakan melantik wasi dari kalangan syarikat Trustee supaya ia lebih selamat, yakin, cepat dan yang paling penting berintergriti. Dapatkan percuma borang draft wasiat islamsekarang !
Langkah Keenam Penulisan Wasiat Menentukan agihan harta benda kepada waris dan bukan waris
Sila tentukan nama waris dan peratusan (%) harta benda yang ingin anda berikan kepada waris anda. Seperti contoh ;
Nama Waris Hubungan Harta Bahagian Rahman Husain Anak Duit ASB 50% (880621-06-2073) (No akaun asb)
Jamilah Esa Anak angkat Unit Amanah CWA 80% (900422-01-4450) (no akaun)
Langkah Ketujuh Penulisan Wasiat Mengisi borang wasiat dan Draft wasiat dari Peguam Wasiat
Pada langkah ini, anda sangat memerlukan Perunding Wasiat yang berpengalaman atau yang dikenali sebagai IEP (Islamic Estate Planner). Mereka akan menunjuk ajar anda pada proses yang seterusnya sehingga anda berjaya memiliki satu dokumen wasiat yang sempurna. Dapatkan percuma borang draft wasiat islamsekarang !
Setelah anda menerima draf wasiat dari pihak peguam syarikat Turstee, mereka akan membuat satu dokumen wasiat yang telah disemak dan paling muktamad. Akhir sekali anda hanay perlu tanda tangan pada bahagian tertentu.