"ISLAM adalah gaya hidup yang sempurna dan lengkap sehinggakan hal ehwal setelah kita meninggal dunia pun disuruh dan digalakkan membuat perancangan. "Caranya sudah digariskan di dalam al-Quran dan hadis. Allah Maha Pemurah dan kita diberi pilihan dalam pembahagian harta, bukan hanya faraid," kata Masliza Malik yang berkhidmat sebagai perancang pusaka Islam.
Mempunyai pengalaman luas di bidang pengurusan harta dan amanah sejak 2004, menurutnya, apabila tidak mempunyai wasiat yang lengkap dan pelantikan pentadbir harta, banyak perkara yang akan berlaku. Antaranya, waris tidak tahu perkara penting pada harta peninggalan yang diwarisi mereka. "Mereka tidak tahu bahawa mereka harus menyelesaikan hutang-piutang yang ditinggalkan arwah. Itu adalah keutamaan sebelum duit dan harta arwah dibahagikan," katanya. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi, Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud: Roh seseorang mukmin itu tergantung iaitu dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.
Menurutnya, pergaduhan dan perselisihan faham mungkin berlaku kerana tidak memahami sistem pembahagian melalui faraid. Contohnya anak perempuan mendapat satu bahagian berbanding anak lelaki yang mendapat dua bahagian. "Timbul rasa tidak puas hati contohnya semasa ibu ayah sakit, anak perempuan yang menjaga ibu bapa selama bertahun-tahun tetapi apabila membabitkan harta, anak perempuan mendapat bahagian yang kurang daripada abang atau adik lelakinya yang lepas tangan di waktu susah. "Sebenarnya keadaan ini boleh diatasi sekiranya ibu bapa sudah menyediakan wasiat," katanya. Tambah Masliza, jika keluarga hanya mempunyai anak perempuan, datuk pula sudah meninggal maka ada hak adik-beradik si mati ke atas harta terbabit. Ini akan menimbulkan rasa marah dan hasad dengki.

"Tanpa wasiat, ada pihak yang akan rasa teraniaya contohnya anak angkat dan anak istimewa. Di bawah faraid, anak angkat langsung tiada hak ke atas harta ibu bapa. "Jika melakukan perancangan, ibu bapa boleh meninggalkan satu pertiga harta kepada si anak angkat. Bagi anak istimewa, mereka memerlukan perhatian khas. "Sekiranya dia mendapat bahagian melalui faraid, siapa yang akan mentadbir hartanya? Siapa yang akan menjaga dirinya? Ibu bapa sebenarnya harus menyediakan tabung amanah bagi menjaga keperluan anak-anak sebegini," katanya.
Menurut Masliza, golongan isteri juga tidak mengetahui mereka cuma mendapat 12.5 peratus daripada harta suami. Semua beranggapan mereka boleh menuntut harta sepencarian walaupun hakikatnya apa yang boleh dituntut adalah harta yang dibeli semasa tempoh perkahwinan sahaja. Untuk menjaga kepentingan mereka, awal-awal mereka mesti membuat deklarasi harta sepencarian semasa suami masih hidup. "Persepsi masyarakat yang wasiat cuma dibuat apabila harta terlalu banyak, faktor usia dan dikatakan leceh serta tidak penting, perlu diubah. Sebenarnya semua orang yang berharta sama ada sedikit atau banyak dan mempunyai hutang sangat digalakkan membuat perancangan harta pusaka Islam. "Jangan bersikap lepas tangan dengan membiarkan keluarga yang tinggal menyelesaikan segala masalah. Ajal maut tiada siapa yang tahu justeru, tidak kira muda atau tua, harus mula merancang pengurusan harta pusaka masing-masing," katanya.
Jelasnya, format penulisan wasiat, harta sepencarian atau perkara lain sudah disediakan. Ia hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup kecuali bagi sesiapa yang ingin mengubahnya di masa hadapan. "Masyarakat Islam secara keseluruhannya masih buta mengenai pengurusan harta. Kalau pun ada yang tahu cuma setakat wasiat dan mereka tidak merasakan kepentingan untuk melakukannya," katanya.
Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".