Carta alir di atas menunjukkan proses mencairkan harta pusaka tanpa berwasiat lebih rumit dan banyak birokrasi berbanding dengan pengurusan harta pusaka dengan wasiat. Jika nilai harta benda anda melebihi RM600 ribu maka ia memerlukan 2 penjamin dengan seorang RM600 ribu jaminan. Di mana wasi yang dipersetujui hendaklah mencari penjamin yang sanggup menjamin anda sebagai wasi. Berbeza dengan orang yang sudah berwasiat, mereka sudah melantik wasi (ARB) sebagai pentadbir harta pusaka mereka selepas mereka mati. Sudah tentu pihak ARB tiada masalah dalam soal jaminan bon ini kerana ia merupakan organisasi Trustee yang berpengalaman dan profesional.
Satu lagi kerumitan ialah apabila waris hendak melantik wasi, di sinilah akan berlaku kerumitan kerana tidak semua waris bersetuju dengan wasi yang hendak dilantik. Maka berlakulah perselisihan faham yang akhirnya menjadikan kes ini terus berpanjangan sehingga boleh jejak ke 10 tahun. Jika anda ada adik beradik 7 orang, ia sudah cukup memeningkan waris untuk melantik wasi yang semuanya bersetuju dengannya menajdi wasi. Sebab itu penulisan wasiat ini mesti disegerakan dan jangan di tangguh-tangguhkan....ingat kematian berlaku pada bila-bila masa saja...renung2kan dan pikih2kan selamat berwasiat. Sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".