Proses tuntutan harta pusaka bukanlah berlaku secara automatik apabila berlaku kematian waris. ia melibatkan banyak proses dan dokumen yang diperlukan dan juga melibatkan banyak pihak. Menyediakan dokumen wasiat dan melantik wasi sebagai pentadbir akan banyak memudahkan urusan pentadbiran harta pusaka. Kebanyakkan kes yang berlaku sehingga puluhan tahun ialah simati tidak meninggalkan sebarang maklumat ttg hartanya dan waris juga tidak memainkan peranan dengan cepat menyelesaikannya, sehingga sampai satu tahap berlaku tuntutan waris secara berlapis-lapis. Apabila ini berlaku ia amat sulit dan memakan masa yg lama. Oleh itu sebagai pemilik harta yg masih hidup, alangkah baiknya jika anda mempunyai satu dokumen wasiat dan melantik wasi dari pihak pemegang amanah supaya proses pentadbiran ini berjalan dengan cepat dan amanah.