Apabila berlaku kematian kepada waris anda. Bermulalah satu urusan rasmi yang menjadi hak kepada semua waris simati. Ia dipanggil tuntutan harta pusaka. Selepas berlaku kematian, semua harta simati dipanggil sebagai harta pusaka. Semua waris perlu melakukan urusan tuntutan harta pusaka bersama-sama. Jika semati ada buat dokumen wasiat ia akan memudahkan proses tuntutan harta pusaka. Wasi yang dilantik perlu bertindak menguruskan proses pentadbiran harta pusaka dengan segera. Tapi jika tanpa surat wasiat, ia boleh memakan masa sehingga 5-10 tahun lamanya. Sila rujuk pic di atas, proses kematian tanpa surat wasiat. Dalam tempoh yang begitu lama, sudah tentu ia memberikan tekanan kepada waris yang sangat memerlukan harta pusaka untuk meneruskan kehidupan mereka. Ramai yang kita tahu, ada waris yang serba kekurangan dan sangat memerlukan duit atau aset kita untuk meneruskan kehidupan mereka dan anak-anak. Ramai janda yang serba salah dan serba kekurangan akibat dari masalah tuntutan harta pusaka. Besergeralah dalam membuat surat wasiat agar waris kita dapat manafaat dari harta yang kita tinggalkan secepat yang boleh.
5 Comments
Nur Mohd Fazari Bin Hj Mohd Shanji
3/1/2016 06:22:29 pm
Assalamualaikum kpd admin.sy ade permasalahan berkaitan harta arwah bapa sy.arwah telah meninggal pada 15/01/15 dan meninggal kan 2 org isteri.Hasil drp perkahwinannye beliau telah meninggal kan 2 org anak dgn isteri pertama iaitu anak sulong isteri pertama ialah perempuan dan sy sendiri lelaki,manakala dgn isteri ke2 anak sulong nye lelaki dan kedua perempuan.maslh skg ttg pencen arwah yg ditinggal kn,isteri kedua beliau telah mmbuat proses pertukaran nama utk pencen arwah kepada isteri pertamanya,dia menyatakan tidak mahu langsung walau sedikit pun drp hasil pencen arwah dan telah berbincang dgn sy &kami bersutuju utk beri kpd mak sy iaitu isteri pertama arwah utk diberikan kpd cucu pertama beliau iaitu anak kpd kakak sy.sedangkan mak tiri sy&anak2 nye juga berhak mendapat walaupon sikit.permasalahan disini,bolehkah jika kami berbuat sedemikian diatas kerelaan hati masing2 tanpa dipaksa.utk pengetahuan admin,kakak sy telah kematian suami dan tidak bekerja tetap utk menampung hidup nya dan anak lelaki beliau.
Reply
Asnida Abdullah
31/3/2016 04:03:28 pm
Assalamualaikum...saya cume nak tahu, adakah saya berhak menerima pembahagian harta pusaka.
Reply
18/10/2016 11:22:46 am
Asslamulaikum,
Reply
Yulisa effendi
18/11/2016 08:34:41 am
Assalamualaykum,sy nk ber tnye..arwah kakak sy ada meninggal kn aset beberape buah rmh..yg blm d wasiat kn.kak sy ada 1 anak lelaki dr suami yg pertama n 1 anak perempuan dr suami baru..sewaktu kak sy mengigal arwah ibu sy msh ada...maknya ibu sy mendapat 1/6. Bhgian...x lama ibu sy pun mengiggal...maknyanya bhgian ibu jatuh k kami 3 adik beradik...abg/sy(pompuan)adik laki.
Reply
Andy Mirza
8/9/2017 01:00:20 am
Ada tak cara atau kes orang yang menuntut harta tanpa melibatkan adik beradik?bukan apa..teringin nak tau jgk sebab pernah terfikir ada tak orang buat macam tu sebelum ni
Reply
Leave a Reply. |
Archives
February 2021
|