1. Pilihan pelaksana (Wasi)
Anda boleh memilih orang atau syarikat yang anda rasa dipercayai dan amanah untuk menguruskan harta pusaka anda selepas kematian anda. Wasi ialah orang yang akan melaksanakan arahan wasiat anda.
2. Tidak ada pertikaian pentadbir
Dengan penulisan wasiat, tidak ada perselisihan tentang siapa yang menunjuk sebagai pentadbir (wasi) selepas kematian. Pelantikan wasi selalu menjadi pertikaian di antara waris yang layak kerana masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza. Akhirnya pelantikan wasi memakan masa yang lama dan belarutan. Sebagai contoh anda boleh menentukan pihak ARB sebagai wasi anda.
3. Pengagihan harta lebih cepat
Penulisan wasiat boleh mengelakkan menunggu Surat Pentadbiran (LA) yang boleh memakan masa yang lama.
4. Jaminan tidak diperlukan
Dengan Wasiat, anda dapat mengelakan dari keperluan untuk mencari 2 sureties (jaminan bon) untuk mendapatkan LA (letter of administration) untuk menguruskan harta pusaka pusaka melebihi 600K.
5. Arahan aset tertentu kepada waris tertentu
Pewasiat boleh menentukan siapa yang akan mewarisi harta tertentu dalam arahan wasiat. Sebagai contoh rumah A anda tentukan untuk anak bongsu, dan rumah B untuk anak pertama dan kedua. Tanpa wasiat, penentuan agak bercelaru kerana ia mengikut kadar dalam bentuk pecahan atau peratusan.
6. Penunjukan hak penjagaan anak (guardian)
Untuk menunjuk Guardian anak-anak kecil (di bawah 18 tahun) atau anak khusus (OKU). Dalam wasiat anda boleh menentukan siapakah yang akan menjaga anak bawah umur atau anak kelainan upaya (OKU)
7. Dapat membuat peruntukan untuk menjelaskan hutang
Anda boleh menulis arahan dengan jelas supaya membayar segala hutang anda melalui harta pusaka yang anda ada. Tanpa waisat belum tentu waris anda akan membayar hutang anda. Hutang tidak akan lupus sekalipun anda meninggal dunia.
8. Boleh berwasiat kepada bukan waris
Sebagai seorang Muslim, anda boleh mewariskan sehingga 1/3 daripada harta pusaka anda untuk tujuan amal jariah. Bakinya iaitu 2/3 daripada harta diagihkan kepada ahli waris Faraid atau merujuk kepada arahan dalam wasiat yang dipersetujui oleh semua waris.
9. Dapat membuat peruntukan harta sepencarian
Pasangan hidup anda boleh menuntut harta sepencarian dari harta pusaka yang anda tinggalkan. Ini bermakna pihak waris boleh menuntut harta sepencarian semasa proses pengagihan harta pusaka anda (jika anda mahu). Harta sepencarian adalah hak yang kuat dalam turutan pengagihan harta pusaka. Selepas mambayar hutang dan harta sepencarian, barulah pengagihan mengikut faraid dilakukan. Sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".