Sesetengah masyarakat menganggap pengurusan harta pusaka hanya
boleh diselesaikan melalui pembahagian secara faraid sahaja. Sikap ini boleh
dikatakan antara penyebab berlakunya kelewatan pembahagian harta
pusaka bagi seseorang si mati. Tanya Pakar Perunding Cara Tulis Wasiat Harta kami sekarang.
Kelewatan urusan pembahagian harta pusaka akan berlaku sekiranya
waris-waris tidak mengetahui kedudukan harta pusaka dan siapa sebenarnya
yang tergolong sebagai ahli-ahli waris kepada si mati. Keadaan ini akan
menyebabkan harta-harta si mati terutamanya hartanah (harta tak alih)
contohnya rumah, tanah, bangunan, premis kedai begitu juga harta alih
seperti wang simpanan, KWSP, simpanan Tabung Haji, saham, syer syarikat,
barang kemas dan lain-lain akan menjadi beku dan tidak dapat diurus
dengan betul. Tanya Pakar Perunding Cara Tulis Wasiat Harta kami sekarang.
Kegagalan mengurus harta pusaka dengan baik akan mendorong
berlakunya krisis dalam institusi keluarga yang membawa kepada
pertelingkahan sesama waris. Hal ini kerana, terdapat waris yang menduduki
harta si mati tanpa persetujuan waris-waris lain atau mengambil harta si mati
secara salah. Lebih malang lagi terdapat waris yang sanggup memberi
keterangan palsu di hadapan hakim semata-mata ingin berebut harta
tersebut. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain)
di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu
menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Tanya Pakar Perunding Cara Tulis Wasiat Harta kami sekarang.
Sebenarnya, untuk mengelakkan harta pusaka menjadi beku dan waris
berbalah sesama sendiri, ianya mampu ditangani dengan berkesan sekiranya
masyarakat kita membuat perancangan awal secara teratur dan sistematik
sebelum meninggal dunia. Perancangan ke atas pembahagian harta pusaka
dilakukan adalah untuk mencapai empat (4) matlamat berikut iaitu:
Pertama: Supaya kita dapat melakukan amal jariah untuk diri kita;
Kedua: Supaya kita dapat memberi harta kepada orang yang kita
sayang;
Ketiga: Supaya kita dapat memastikan waris kita tidak menagih simpati
daripada orang lain; dan
Keempat: Supaya kita dapat mengagihkan harta pusaka kepada mereka
yang berhak
Tanya Pakar Perunding Cara Tulis Wasiat Harta kami sekarang.
Sebagai hamba Allah SWT yang diberikan kesempatan untuk hidup di
muka bumi ini, tidak dapat tidak, kita amat digalakkan untuk menyediakan
bekalan sedekah jariah sebelum menemui Allah SWT. Dalam hal ini,
seseorang boleh membahagi hartanya semasa hidup secara sedekah dan
wakaf sama ada dalam bentuk harta alih dan harta tak alih. Sebagaimana
hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
“Apabila matinya manusia, akan terputuslah daripadanya amalannya
melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak
soleh yang mendoakannya”.
Kita juga amat digalakkan untuk memberikan harta kepada yang
disayangi seperti anak-anak secara hibah, supaya dengan demikian ia akan
dapat memperkukuhkan tali silaturrahim. Sebagaimana hadis daripada Abu
Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Saling memberi hadiahlah kamu, nescaya kamu akan saling sayangmenyayangi.”
Pemberian secara hibah adalah digalakkan dan boleh dilakukan ketika
seseorang masih hidup. Ia tidak mempunyai had dan sesiapapun boleh
menerimanya termasuk waris. Tanya Pakar Perunding Cara Tulis Wasiat Harta kami sekarang.
Sekiranya pembahagian harta pusaka itu ingin dilakukan selepas
meninggal dunia, seseorang boleh merancang secara wasiat terutama
kepada anak angkat atau waris yang terhalang daripada menerima harta
pusaka itu nanti. Ini bermakna, seseorang itu boleh menyediakan
perancangan tersebut semasa hidup dan dilaksanakan sebaik sahaja
meninggal dunia pada kadar tidak melebihi daripada 1/3 harta pusaka.
Semua masyarakat perlu sedar akan kepentingan menulis surat wasiat
kerana ia merupakan kaedah yang membolehkan seseorang yang terhalang
daripada menerima harta pusaka, menikmati sebahagian daripada hasil titik
peluh pemilikan harta selama ini. Galakan menulis wasiat ini dijelaskan
melalui hadis daripada Abdullah bin Umar Radhiallahu Anhuma bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin
diwasiatkan tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di
sisinya.”
“Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih
baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada
manusia dengan tangan mereka .”
Tanya Pakar Perunding Cara Tulis Wasiat Harta kami sekarang.
Kesimpulan
1. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa merancang dan
membahagikan harta pusaka merupakan salah satu tuntutan syarak.
2. Umat Islam disunatkan untuk melakukan amal jariah sebelum
menemui Allah SWT nanti.
3. Umat Islam hendaklah membahagi harta secara hibah dan wasiat
sebagai kaedah yang telah dibenarkan oleh Islam.
4. Umat Islam hendaklah membuat perancangan semasa hidup
untuk mengelakkan kesulitan kepada waris-waris di kemudian hari.
Tanya Pakar Perunding Cara Tulis Wasiat Harta kami sekarang.