Gambar di atas ialah sebahagian dari panduan mengisi borang wasiat lengkap ARB. Ia menunjukkan cara bagaimana kita membahagiankan harta pusaka kita kepada waris atau bukan waris. Terdapat maklumat harta (No H.S (M) 12345...) , Bahagian hak milik yang anda miliki (1/1 bermakna anda memiliki 100% harta tersebut). Nama penerima (Sofian bin Ali) , No kad pengenalan penerima, hubungan anda dengan penerima (anak lelaki), dan bahagian terakhir ialah kadar yang anda hendak berikan kepada Sofian (1/1 bermakna anda hendak berikan 100% harta tersebut).
Contoh berikutnya ialah anda mempunyai pemilikan 1/2 dari harta sahaja, dan anda berikan harta tersebut kepada 3 orang penerima dengan setiap seorang 1/3 daripada harta tersebut. Kaedah penulisan wasiat membolehkan anda membahagikan harta mengikut apa yang anda mahukan, ia berbeza dengan kaedah faraid di mana anda tidak berpeluang menetukan siapa dan berapa kadar pembahagiannya kerana kaedah faraid sudah ditetapkan jumlahnya. Sila dapatkan buku panduan wasiat ARB di sini secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".