Pesanan atau amanat ialah satu kekuatan atau senjata psikologi
yang sangat hebat dan berkesan dalam wasiat. Amanat
merupakan harapan dan impian anda kepada waris yang anda
tinggalkan dan juga benda anda. Amanat ini akan di bacakan atau ditunjukkan kepada semua waris supaya mereka menghayati dan memahami kehendak Pewasiat. Kita boleh menulis apa saja amanat yang baik kepada waris. Amanat ini akan menjadi ingatan dan panduan terakhir anda kepada mereka. Tanpa menulis wasiat, kita tidak boleh meninggalkan pesana terakhir kita kepada orang yang tersayang.
Contoh Amanat yang anda boleh tulis ;
"Ayah ingin berpesan kepada semua anak-anak yang ayah sayangi supaya sentiasa memelihara perhubungan semasa kamu dengan baik dan jangan sesekali bermusuhan. Ayah menaruh harapan supaya semua waris ayah mempersetujui di atas semua arahan agihan harta pusaka selepas kematian ayah dengan hati yang terbuka dan tenang demi kasih sayang seorang ayah. Ayah juga ada bersedekah jariah sebidang tanah kepada pihak Masjid di Kg Tanjung Tuai, Melaka (seperti dalam bhg arahan harta) . Ayah harap semua waris ayah mempersetujui keputusan ayah. Berikan perhatian dan kasih sayang kepada ibu kamu sekalipun kamu sibuk dengan urusan kerja. Ayah minta ampun dan maaf kepada ibu dan semua anak-anak ayah. Halalkan segala makan dan minum ayah. Berdoalah untuk keampunan ayah selepas solat. Jangan tinggalkan solat sekalipun kamu sibuk dan jangan hampiri perkara yang buruk yang boleh merosakan diri dan keluarga kamu. Bekerja bersungguh-sungguh dan jangan makan dari sumber yang tidak halal. Akhir sekali manafaatkan harta pusaka yang kamu miliki untuk kebaikan dan jangan sesekali disalah guna"
Apabila amanat anda dibaca kepada waris ia boleh menyejukkan hati mereka supaya menerima segala keputusan anda mengenai agihan harta benda dan mentaati pesanan anda kepada mereka. Amanat ini boleh menjadi pegangan dan panduan dalam mereka meneruskan kehidupan mereka.
Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".