Selain dari soal pembahagian harta pusaka, apa tujuan wasiat ?
Banyak tujuan baut wasiat selain dari soal pembahagian harta pusaka kita antaranya;
1. Membolehkan kita bersedekah jariah kepada bukan waris melalui arahan wasiat. Tanpa wasiat anda mungkin tidak
boleh bersedekah kerana kena ikut faraid 100%. adakah kita pasti anak-anak kita akan bersedekah untuk kita.
2. Menentukan soal hak penjagaan anak apabila suami atau isteri meninggal. Banyak kes di mana berlaku perebutan
hak penjagaan anak antara suami dan ibu mertua sbbnya isteri tidak buat wasiat.
3. Pihak wasi akan membantu menyelesaikan hutang-hutang anda. Ingat hutang tidak akan lupus sekalipun kita
meninggal dunia. (hutang dengan Allah dan manusia)
4. Menulis amanat atau kata-kata harapan kita kepada anak-anak dan waris yang tinggal. Kata-kata ini akan menusuk
ke dalam jiwa mereka dan menjadi ingatan mereka sampai bila-bila.
5. Pihak wasi akan membantu soal-soal harta sepencarian.
6. Dengan membuat wasiat, ia menurut perintah agama yang sangat dituntut.