Saya ada membeli polisi insurans semasa bujang dan menamakan kakak saya sebagai benefisiari. Oleh kerana saya telah berkahwin adakah kakak saya boleh mewarisi polisi insurans saya apabila saya meninggal dunia?
Di dalam kaedah pentadbiran harta pusaka islam, harta si mati hanya boleh diwarisi selepas kematiannya. Ia mestilah dibahagikan mengikut Faraid atau arahan wasiat jika ada berwasiat. Kedudukan kakak anda hanyalah sebagai pemegang amanah (dan bukan sebagai benefisiari) dan beliau wajib untuk membahagikan harta tersebut kepada waris-waris yang layak menurut wasiat anda atau hukum faraid jika tiada berwasiat.