Saya difahamkan bahawa mengikut undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat?
Penulisan wasiat bukan satu pembaziran. Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris yang sah sahaja, sedangkan Wasiat membenarkan anda memberi sehingga 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam. Arahan wasiat juga membolehkan anda memberikan agihan mengikut apa yang anda suka. Pihak wasi (arb) akan memberikan konsultasi kepada semua waris untuk bersetuju dengan arahan wasiat anda. Jika ada yang tidak bersetuju, mereka menerima agihan menurut faraid, kepada yang bersetuju dan tiada bantahan akan menerima apa yang ditentukan seprti arahan wasiat. Penulsain wasiat juga untuk menentukan hak penjagaan anak-anak anda.