Soalan
Ibu saudara saya sudah meninggal dunia dan arwah tidak meninggalkan wasiat bertulis bagi harta sepeninggalannya. Ketika arwah hidup, dia pernah berkata bahawa semua hartanya diserahkan kepada saya dan kakak kerana arwah menjaga kami sejak kecil. Jadi, adakah wasiat lisan yang disebutnya itu perlu dilaksanakan? Adakah pembahagian hartanya perlu mengikut hukum faraid iaitu membahagikan kepada ibunya dan adik-beradiknya kerana dia tidak mempunyai suami dan anak?
Jawapan
Dakwaan mesti dibuktikan. Itu adalah falsafah dan kaedah usul fiqh. Jika saudari boleh membuktikan bahawa ibu saudara benar-benar menyatakan niatnya untuk memberikan hartanya, sama ada melalui akuan sumpah dan saksi, sehingga boleh dibuktikan memang ada si mati mempunyai niat sebegitu, maka ia boleh dianggap wasiat. Seandainya tiada bukti dan saksi, sukar untuk warisnya menerima hakikat berkenaan kecuali jika mereka semua bersetuju harta itu diserahkan pada saudari. Peninggalan hartanya sudah menjadi pusaka dan sukar memastikan kedudukan sebenar sekiranya ia hanya bersandarkan ingatan kata-kata saja. Jika terbukti maka itu adalah wasiat. Jika tidak, warisnya mempunyai hak sepenuhnya.
Adalah amat sukar sekali untuk membuktikan wasiat secara lisan, kerana ia memerlukan bukti yg kuat di makamah. Wasiat secara lisan juga berisiko dicabar oleh waris yang lain kerana ia langsung tidak dibuktikan dalam bentuk penulisan yang sepatutnya. Saya nasihatkan kepada pembaca elakkan daripada sekadar berwasiat secara lisan kerana ia amat longgar dan tidak berpaksi kepada bukti yg kuat.
Sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".