Kad Wasiat dan Surat Pendaftaran Wasiat
ARB akan menghantar Kad Wasiat dan Surat Pendaftaran Wasiat kepada anda. Anda atau waris boleh gunakan kad ini untuk merujuk di mana-mana pejabat ARB seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun jika hilang, rujuk IC sudah memadai untuk semua urusan dengan Amanah Raya Bhd. Pada kad dan surat tersebut tertulis no rujukan pendaftaran wasiat anda. Sistem pendaftaran ini akan mempercepatkan pihak ARB memproses dan mengesan maklumat penulis wasiat. Apabila anda sudah menerima kad wasiat dan surat pendaftaran wasiat, anda sudah boleh ke langkah seterusnya untuk melengkapkan wasiat sempurna anda yang mengandungi arahan pembahagian harta pusaka anda. Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".
Kad Wasiat (ARB)
Surat Pendaftaran Wasiat (ARB)
|
Percuma Penerangan Wasiat...
|